"..aku mahu jadi lebih baik walaupun tidak bisa padamkan kesalahan-kesalahan masa lalu.."~Aini Amirah
Amira :): Inspire Camp DMFK

Saturday 17 March 2012

Inspire Camp DMFK

asalamualaikum warahmatullah... sebenarnya saya baru balik drpd inspire camp. baru balik ke? enam hari yg lalu saya baru balik dari inspire camp bawah program Dr.Fadzilah Kamsah. sebenarnya malas nak update pasal inspire camp nie. bila tgk iliya update blog dia pasal inspire camp rasa excited jugak. tak sangka iliya pun pegi inspire camp? tapi die pegi inspire camp sesi ke dua. saya pegi masa sesi pertama. tak silap saya inspire camp nie ada tiga sesi. bagi saya aktiviti dia teramatlah bosan. inspire camp bukanya ade aktiviti lasak mcm jungle trekking ke apa. ibu yg pandai2 cakap ade aktiviti lasak. ini lah dinamakan "banana fruit two times"-adnan sempit. ok2. kite sambung cerita.. saya datang ke inspire camp atas dasar kena paksa dengan ibu tercinta. tak rela langsung.

ok, first day bangun pagi siap2 untuk gerak ke Lenggeng Negeri Sembilan. alah..dekat dgn kajang je. ayah cakap nak gerak pukul 7pagi. tapi ayah lambat, gerak lah pukul 8pagi. sampai je terus ayah daftar nama, bagi slip bukti pembayaran bank kat kakak fasi yg jaga meja pendaftaran tu. lepas tu kena masuk surau. masuk surau dengar taklimat dari abang fasi yg comel pakai cermin mata tu. ape entah nama dia saya dah lupa. lepas tu ade aktiviti berkenalan dgn peserta inspire camp. perkara paling saya rasa jantung saya hampir gugur ialah bila terjumpa Aniq Adam! iaitu classmate saya! argghhh...macam mana kau boleh sesat kat sini aniq? dah lah kau classmate aku. kalau kelas lain2 takpe.! saya jenis seorang yg tak suka bercakap, jangan harap aku nak tegur kau aniq. mana aku nak sorokkan muka bila ke sekolah esok? kalau hafizal dan aiman dan juga geng2 yg sewaktu dengan mereka mesti aku kena bahan. -,-" kk, lupekan. lepas taman aktiviti kena masuk dewan dengar ceramah dari Dr. Fadzilah Kamsah. masa tengok dia secara dekat2 tu, whoaa....rasa excited je. macam tengok artis. artis ke? lebih kurang ler. sebab sebelum nie tengok dr fadzilah kamsah dalam rancangan dia kat astro oasis je.

hari kedua pula.. kena bangun seawal 4.30pagi nak buat Qiamulail. haha...bak kata cikgu fauzi, "ini macam bukan qiamulail je. ini kite panggil Qiamulena. sebab mengantuk sangat, sujud tak bangun2. terus tido." lepas tu ade ceramah dari sape entah..ceramah dia sangat bosan. dah la breakfast makan nasi lemak yg sedap2 pagi tu. lepas tu dengar ceramah. saya rasa mengantuk sangat.. lepas tu ade ceramah dari cikgu ahmad faizal. ceramah dia saya tak tido pun. tak membosankan sangat. walaupun apa yg dia bagi tu sebenarnya saya dah tahu dari camp MAP bawah naungan Dr. Tengku Asmadi. contohnya dia bagi cara2 nk buat peta minda. itu saya dah tahu lama. takpe2 boleh refresh balik kan? malam pulak sepatutnya ade aktiviti Talentime. roomate saya ada tujuh orang je. saya duduk dalam chalet. chalet yg jauh dari dorm2 yg ada. chalet saya ade banyak bilik. hanya satu bilik je yg digunakan. Roomate saya semua gila2 betul. tak lah gila sangat. tapi mereka tak sekepala dgn saya nie tak tak banyak cakap, yg lebih suka berdiam diri, pemalu,sopan santun,baik hati, comel.eh? lebih2 pulak. hihi. antaranya ialah Auni,Izati,Iman,Ani,Febby and lagi sorang tu tak ingat apa nama dia dah. yg paing tua dlm bilik tu saya dengan izati lah. Iman Fauzi form3 tinggi gila. dia lagi tinggi dari hajer! muka dia ala-ala arab sikit. bila tanya dia, dia cakap "i'm pure malay" ok, sambung. malam tu sepatutnya ada talenttime. tegah siap lawa2, tiba2 blackout. gelap gelita. semua jerit dalam bilik tu. dah lah kitaorang je yg ada kat situ. yg lain semua jauh2.  sepanjang malam blackout. aktiviti tetap dijalankan. tapi malam tu aktiviti kite cuma practise talentime je. talenttime ditunda ke esok hari.. malam tu pon best jugak. sebab dapat tido awal. hehe..

hari ketiga pula, pagi tu tak ingat lah ade aktiviti ape. tapi cikgu fauzi ade tunjuk video lah. sangat menarik videonya. nanti saya post kan video tu. mungkin anda semua dah tengok video nie. bila tengah hari je semua ibu bapa dah datang. so, balik lah rumah...

alhamdulillah..walaupun ada sesetengah perkara yg diajar saya dah tahu, tapi semuanya sangat bermanfaat. ade satu perkara yg Dr.Fadzilah Kamsah bagi. saya masih ingat lagi. manjadda wajada maksudnya, tiada siapa yg dapat mengubah diri kamu melainkan diri kamu sendiri yg mengubahnya. :)

No comments:

Post a Comment