"..aku mahu jadi lebih baik walaupun tidak bisa padamkan kesalahan-kesalahan masa lalu.."~Aini Amirah
Amira :)

Sunday 24 June 2012

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

asalmualaikum.. maaf krn lama tak update blog usang nie. para pembaca yg tidak sengaja membaca post ini atau sengaja membacanya sihat? alhamdulillah... hari nie sy nak ceritakan pasal perpustakaan raja tun uda dekat shah alam nie.

bangun-> mandi->breakfast-> ke KL Sentral-> naik komuter ke Batu Tiga Shah Alam->sesat->sampai batu tiga->tunggu teksi bagaikan menunggu buah durian gugur->sampai perpustakaan->jalan2 tgk buku->masuk tempat theather 6D-> theather sedang diperbaiki =,=->jalan2 lagi->lapar, beli air je->online, kena byr rm1-> pegi  kaunter pertanyaan tanya nombor teksi->balik rumah.

-tamat- (pemalas gila nak taip panjang2) XD

nie serba sedikit yg sy nak habaq mai, sebelum pegi ke perpustakaan nie sy baca dlm google perpustakaan nie hadiah dari Sultan Selangor utk rakyat negeri selangor nie. perpustakaan nie ialah perpustakaan yg pertama di dunia yg ade theather 6D dan 3D. kalau nk tgk 6D kena byr rm10. setiap tingkat dilengkapi dgn komputer. semua komputer dari produk Apple. (tadi aku guna komputer HP je haha) gimnasium pun ade. nak masuk kena bayar rm3. kafe pun ade. tapi tadi aku tak makan kat kafe pun. yg paling best, pemandangan dekat depan perpustakaan nie ade tasik yg luas. kat hujung tasik tu ade Masjid Shah Alam. serius cantik pemandangan dia. sesiapa yg belum pegi, memang wajib pegi. tapi leceh lah sebab kalau naik pengangkutan awam nak cari teksi dekat perpustakaan tu memang tak dapat. kena call jgk. ok bye. asalamaualaikum.. :)
gambar dari Google

Saturday 2 June 2012

One Litre of Tears

asalmaualaikum.. hari ni saya cuma nak kongsi dgn para pembaca tentang cerita Jepun ni. tajuk die One Litre of Tears la. cerita ni sangat menyentuh hati dan perasaan. maklumat yg saya dapat dari google, cerita ni diambil dari sebuah kisah benar la. ade sorang budak perempuan umur 15tahun nama dia Aya seorang g aktif dalam sukan,  bijak dlm pelajaran dan ade cita2 yg ingin dia capai. Namun die terpaksa melupakan semuanya apabila dia disahkan oleh doktor menghidap penyakit Spinocerebellar Degenerative satu penakit g jarang  dan tak dapat disembuhkan. Ia menyeang bahagian cerebellum Aya. Semakin hari Aya hilang koordinasi  dan menyebabkan sukar utk berdiri, bercakap, sukar utk menelan makanan, berjalan, menulis. akhirnya Aya hanya terlantar di hospital. Aya berjuang hingga ke akhir hayat nya. Semua nya tertulis dalam diarinya dimana terhimpun  puisi dgn kata2 semangat dan luahan hati aya. Sebuah diari aya telahpun dikongsi bersama dijadikan sebuah buku dan buku tersebut telah memberikan berjuta-juta semangat dan inspirasi kpd pesakit2 yg lain. Aya menulis puisi disekolah kurang upaya sebelum dia meninggal dunia. Pada usia 25tahun Aya meninggal dunia dalam tidur dimana dia tidak lagi merasa sakit.

Apa yg saya belajar dari sini, Aya seorang yg optimis,baik,positif dan terus tabah hingga dia menghembuskan nafaznya yg terakhir pada umur 25tahun.
 Antara kata2 Aya yg menyentuh perasaan,

"I want to build a time machine and revisit the past"
"One day, when the time comes, I want to sleep amongst the flowers"

Gambar atas tu lah Aya Kitou yg sebenarnya pada usia 15tahun.

sekarang ni ade syarikat Fuji Tv kat jepun yg buat balik cerita ni. sy dah tengok dah. sedih sangat. :( menangis jgk. tu pun sebab tgk Haruto yg hensem menangis. hihi.

One Litre of Tears
serius cerita dia best. sampai mengalirkan air mata. tapi sy takde lah menangis beria2 sangat. hati saya keras. susah nak nangis bila tengok cite sedih2 nie. tapi akhirna menangis jgk tgk Aya meninggal bila episod akhir tu. kalau nak tengok, boleh bukak link ni --> One Litre of Tears Episode 1.

Antara watak-watak utama dia..

Erika Sawajiri as Aya Ikeuchi
Nishikido Ryo as Haruto Asou
Fujiki Naohito as Dr.Mizuno Hiroshi
Naomi Riko as Ako Ikeuchi

watak dia semua hebat2. lebih2 lagi Haruto. aishh.....kenapa hensem sangat? cerita ni ade 11episod je semua nya. ok lah kan 11episod tak banyak pun. sampai sini saja lah. Asalamualaikum! :)

Wednesday 30 May 2012

Kenapa susah sangat?

Assalamualaikum semua .
Dah baca tajuk entri ni ? hmm . kenapa susah nak faham perasaan orang lain ? semua orangkan ad perasaan tapi kenapa bila perasaan orang lain kita tak pernah nak kisah . Cuba bayangkan andai perkara or benda mcam tu datang dekat kita ? kita pun tak suka jugakkan ? Kita kan semua adik beradik semuslim . Kita semua sembah hanya pada yang satu . Tapi ,kenapa susah sangat nak tunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepadaNYA . 
Sahabat , 
bila saya ataupun sesiapa sahaja yang menegur tentang kesalahan kita , bertenanglah , jangan ikutkan hawa nafsu nak naik angin sebab itu semua benda yang Allah suka . Saya tahu yang ramai daripada kita tak suka ditegur , tapi kita hanya insan biasa yang sering alpa , hanya hamba yang hina . Jadi , bergembiralah bila ada orang menegur kita supaya kita dapat berubah menjadi lebih baik . insyaAllah :') . 
kenapa ada orang marah dekat kita ? sebab mereka sayang kita .  kenapa ada orang suka sangat tegur kita ? sebab mereka sayang kita . kalau sayang takpayalah tegur . tak gitu ? takk , kalau sayang kita kena saling tegur menegur , sebab nanti kita semua nak tinggal selama-lamanya dekat syurga Allah . Tak gitu ? insyaAllah . Percayalah pada saya yang tak ada siapa nak tinggal dekat neraka . Tapi , tak ramai yang nak bermujahadah untuk berubah . Allah itu Maha Berkuasa . Janganlah kita sendiri yang cari pasal untuk mengelapkan pintu hati kita , menolak hidayah Allah . Hidayah Allah boleh datang dalam pelbagai cara . Setiap hari kita berdoa supaya Ya Allah tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaKu , tak percaya tengok balik tafsir surah al-fatihah . :') . 
Sahabat ,
Memang mula-mula kita rasa kita hipokrit ataupun bajet baik bila disuruh pakai stokin ke , tudung labuh sikit ke , tapi, percayalah lama -kelamaan rasa ikhlas tu akan datang dan kita akan jadi biasa dengan semua tuu dan rasa pelik bila tak pakai or tak buat semua tu . Based on pengalaman sendiri jugak :') . So , tak salahkan untuk berubah kerana peraturan dulu , tapi , bukakkanlah pintu hati tu . Okay , cuba lihat seseorang yang bertudung litup , berstokin segala bagai , baju longgar semua . Apa yang kita rasa . mesti rasa tenangkan ? tak percaya pergi test cepat . Dan sekarang tengok pulak orang yang memakai pakaian yang mendedahkan aurat ataupun seksi laa , ada tak rasa tenang tuu ? tepuk dada tanya iman . Allah dah jadikan kita sebaik-baik ciptaanNYA . Allah dah suruh , Perempuan wajib menutup auratnya kecuali muka dan telapak tangan . So, kaki juga termasukkan ? Allah yang tetapkan itu semua , tapi kita masih ingkar . Bila ada undang undang suruh wajibkan pemakain stokin , baju longgar , jaga ikhtilat kita selalu rasa menyampah or naik meluat dengan peraturan tuu , tapi sedarkah kita yang sebenarnya itu semua perintah Allah bukan saja saja jea reka peraturan untuk dipatuhi . 
Sahabat , 
Marilah kita bermuhasabah diri kita balik .Kita selalu marah kalau orang mungkir janji tapi sedarkah kita yang kita sendiri juga selalu memungkiri janji , kita semua orang islam wajib beriman dengan 5 rukun islam, 6 rukun iman dan mengucap 2 kalimah syahadah , cukupkah sekadar berkata dibibir ? setakat cakap je yang kita ni orang islam dan beriman dengan semua tu , cukupkah ? renung-renungkanlah , tanda-tanda kiamat pun dah banyak , kita tak akan pernah tahu bila kiamat tu berlaku sebab Allah ingin menguji iman hambaNYA . Check balik diri , check balik iman .
Sahabat , 
Jangan mudah sanagat nak melatah . Bawak bertenang , ingat malaikat yang sentiasa mengawasi kita yang setiap saat catit markah dimerit dan merit kita yang dihantar pada Allah pada setiap hari . Bukan pengawas or naqibah sahaja yang suka sanagt bagi dimerit dan DC . Ingat DC Allah itu seksaan di neraka . Kalau kita ni dah kena DC dekat sekolah pun dah rasa nak megamuk kat pengawas ,naqibah , cikgu segala bagai sebab bagi kita DC . Dc pulak menyusahkan dan membuang masa . betul tak ? Cuba fikir balik , malaikat yang mencatit amalan kita setiap saat , pastu dapat DC (balasan) daripada Allah iaitu neraka . Apa kita boleh buat ? nak mencarut segala bagai ? takk , kita dah tak sempat dah nak buat apa dah time tuu , menyesal jea . Dah tak berguna nak meyesal time tuu . 
Sahabat ,
 Allah tak larang kita nak berkawan cuma Allah ingatkan kita supaya jaga ikhtilat tu , jangan dekati zina . Allah tak suka , Allah larang . Bukan naqibah yang kata jangan dating , bukan cikgu yang kata . Tapi Allah dah kata dah . Bukannya , kita kena takut dengan cikgu or naqib naqibah bila time dating , tapi takut dengan Allah . Apalah lah sangat cikgu , naqib denagn naqibah ni . Mereka juga manusia ada melakukan kesilapan . Apa yang mereka boleh buat setakat btegur berkali-kali dan bagi DC , gantung sekolah . Tu jeaaa , kalau yea pun . Kita still dapat berubah bila dikenakan tindakan sebegitu sebab kita masih ada masa untuk buang yang keruh , dan jadi orang yang lebih baik .
Tapi , andaikata Allah nak tarik nyawa kita time dating tu . Nauzubillah , kita tak sempat nak buat apa-apa dah , nak berubah pun tak sempat . jom musahabah diri kita balik . Ya , betul manusia melakukan kesilapan termasuk juga cikgu , naqib atau naqibah . Mereka semua bukan maksum . Jadi , bila ad diantara kita semua yang melakukan kesilapan tak kisah lah apa pun pangkat dia kita boleh tegur dengan hikmah . Open :) .
Terima kritikan orang lain untuk mengubah diri sendiri :) . memang kritikan itu kadangkala pedas dan sangat menikam tapi , kita kena terima , jangan cari kesalahan orang yang menegur tu . Orang yang menegur juga kena memperbaiki diri mereka juga . Sebab bila kita menegur orang umpama kita menegur diri kita sendiri , bila kita larang orang buat sesuatu benda tu , kita pun kena jauhkan diri kita daripada benda yang kita larang tu , nampak tak concept dia ? nampak kan , so masing-masing mainkan peranan . 
Buka hati , tengok sesuatu benda tu melalui mata hati bukan sekadar mata yang kita ada ni , kalau macam tu , oarng yang cacat penglihatan tak boleh tengok lah , memang secara logik mereka tak boleh nampak ap apa , tapi mereka akan nampak kekuasaan Allah apabila mereka melihat melalui mata hati . SubahanaAllah :') .So , tanamkan azam dalam diri kita supaya menjadi lebih baik , dan berfikir lebih jauh , jangan tinggal solat sesungguhnya solat itu tiang agama .Solat itu mencegah kemungkaran :) . Saya tak berniat nak maksudkan sesiapa sekadar perkongsian daripada pengalaman diri sendiri sepanjang hidup di atas muka bumi ini . :')


Friday 25 May 2012

"Terasa ingin menjerit,
Memberitahu pada semua,
Betapa aku sudah terlalu perit,
Hidup dalam muslihat dunia.

Terasa ingin melaung sekuatnya,
Biar dunia tahu apa yang ku rasa,
Betapa aku ingin keluar dari kesempitan yang melanda,
Agar bisa ku kecapi tenang di jiwa.

Terasa ingin memberitahu semua,
Betapa letih sudah aku dengan dunia,
Tetapi ku tahu cukuplah dengan ada Dia,
Untuk aku kongsi segala.

Ingin ku cerita pada semua,
Bahawa aku telah hampir berputus asa,
Betapa kesibukan dunia telah memerangkap jiwa,
Tetapi di sebalik semua,
Masih ada ketenangan yang ku dapatkan dari Dia,
Untuk aku terus bangun dari kecewa.”