"..aku mahu jadi lebih baik walaupun tidak bisa padamkan kesalahan-kesalahan masa lalu.."~Aini Amirah
Amira :)

Saturday 3 March 2012

Asalamualaikum warahmatullah... hari ini terasa penat sebab baru je balik dari Masjid Jamek. penat sebab pegi jalan kat jalan TAR yg sesak penuh dgn manusia. saya pergi sana dgn makcik ani,alif dan anis je. naik LRT je. ibu tak sempat hantar sampai jln TAR sebab nk pegi kerja. berani kan saya? pegi masjid jamek naik LRT je. heheh...tu normal la kan. dah 16tahun nie kena berani jgk. kalau tak sampai bila nak duduk rumah asyik takut je. yg penting mesti ada teman tak kira lah laki ke perempuan. nak harap kan makcik ani, dia mana tahu apa2. nasib baik saya dah tahu serba sedikit selok belok jalan kat kl nie. jalan nak ke KLIA dan putrajaya pun saya tahu tau. anda tahu? tapi bukan la saya yg drive kalau pegi ke KLIA. hehe..ok, sambung balik cerita. hari nie pegi Masjid Jamek dgn jalan kat jalan TAR cuma beli tudung hitam,baju putih lengan panjang,trek sut, lagi ape entah tak ingat dah. semua tu hanya untuk pergi ke Inspire Camp kat N9 nanti. semuanya telah dirancang oleh ibu saya dari awal lagi. sebelum saya rancang nak sambung kerja part time masa cuti sekolah nanti dgn asma lagi ibu dah ade rancangan dia nak hantar kami empat beradik ke N9 untuk masuk Inspire Camp anjuran Dr.Fadzilah Kamsah tu. sedihnyaa....tak boleh ditunda. rancangan ibu lebih hebat bila dia dah bayar RM1400 untuk kami empat beradik. semuanya tak dapat dielakkan lagi. kami dah kena ikat. bila tanya ibu, kenapa ibu sanggup bayar mahal2 sampai RM1400? kan sebelum nie ibu dah masukkan mira dgn fifah dlm program motivasi alihan pelajar dr.tengku asmadi? kena bayar RM600 lagi utk dua orang. alsan ibu cuma satu je. "ibu nak tengok anak-anak ibu berjaya dunia akhirat. kamu kena bersyukur mira. tak semua orang dapat peluang macam nie." bila dengar ape yg ibu cakap tu terkedu saya mendengarnya... betul tu. tak semua orang dapat peluang nie. bila tengok kakak saya memberontak cakap kat ibu, "tak nak pegi!!" rasa kesian kat ibu... bukan senang nak cari duit. RM1400 tu bukan sikit. banyak sangat tu. tu ibu cakap, " bersyukurlah dgn apa yg kita ada, jgn lepaskan setiap peluang yg datang"

ok bye, asalamulaikum! :)

No comments:

Post a Comment