"..aku mahu jadi lebih baik walaupun tidak bisa padamkan kesalahan-kesalahan masa lalu.."~Aini Amirah
Amira :): for ILIYA (kaedah kajian)

Sunday 12 June 2011

for ILIYA (kaedah kajian)

Saya telah menjalankan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan fakta, bahan dan sumber yang sahih untuk menghasilkan kajian saya. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:

1) kaedah melayari laman web
-Saya telah mengumpul pelbagai maklumat melalui internet yang telah membantu saya memahami dengan jelas tentang sesuatu indtitusi pentadbiran tempatan iaitu DBKL. Laman web yang saya layari ialah __________________________________(link for DBKL website)

2) Kaedah penyelidikan perpustakaan
-Melalui kunjungan saya ke Perpustakaan Negara Kuala Lumpur, banyak bahan telah saya berjaya dapatkan dengan menggunakan beberapa buku ilmiah. Antara buku ilmiah tersebut bertajuk ______________________ dan _____________________. Saya telah fotokopi bahagian bahagian tertentu dalam buku ilmiah tersebut untuk dijadikan sebagai sumber rujukan, seterusnya melengkapkan kerja kursus saya ini.

3) Kaedah lawatan ke tempat kajian
-Saya juga telah menggunakan kaedah ini untuk melengkapkan lagi kerja kursus saya. Di sana, saya dapat berkunjung sendiri ke banggunan DBKL dan telah berjaya mendapatkan beberapa maklumat penting tentang institusipentadbiran tempatan yang saya kaji. Saya juga telah mengambil beberapa keping foto untuk dijadikan sumber dalam pengkajian saya.

4) Menemubual orang sumber
- Sewaktu menjalankan lawatan ke tempat kajian, saya juga telah menggunakan kaedah menemubual orang sumber. Antara mereka yang telah ditemuramah ialah pengawal keselamatan bangunan tersebut, para pegawai dan sebagainya. Melalui mereka, banyak maklumat yang telah saya peroleh.

No comments:

Post a Comment