"..aku mahu jadi lebih baik walaupun tidak bisa padamkan kesalahan-kesalahan masa lalu.."~Aini Amirah
Amira :)

Wednesday 2 May 2012

Gadis-gadis yang mencari populariti dan ingin dikenali serta dalam masa yang sama menyimpan hasrat menikahi pemuda soleh yang memiliki iman yang tinggi, adakah mereka sedar bahawa pemuda soleh yang didamba hanya mengimpikan gadis bertaqwa? Taqwa itu berisi hati-hati, waspada dan menjaga diri. Lalu ia membenteng diri dengan malu dan iman di hati.
Menjadi wanita solehah bukan semudah menjaga kecantikan tubuh dan wajah, mengekal sifat solehah juga lebih sukar dari ihktiar memelihara kejelitaan paras rupa luaran.
Pendedahan diri pada mata ramai, keterlaluan serta tidak pada tempat, suasana dan keperluan yang diharuskan agama ; hakikatnya semakin mengurangkan nilai solehah pada seorang perempuan. Mengapa?
Kerana ‘Solehah’ itu seumpama emas; mahal dan menyinar. Bukankah yang mahal itu selalunya disimpan ditempat yang istimewa, tidak mudah dibiar terdedah begitu sahaja, bimbang ada mata-mata jahat yang memandang liar, ada tangan-tangan kasar yang rakus menyambar?
-ustazah NORASLINA JUSIN FB-

No comments:

Post a Comment